Thursday, December 3, 2009

Lirik Lagu Puisi

KITA INI TETAMU SENJA
(Lagu dari puisi A.Samad Said 1955)

http://www.4shared.com/file/165198386/77cd9a2c/Kopratasa_-_Tetamu_Senja.html

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat




NYANYIAN PANTAI TIMUR - HARMONI

Wajah laut dan perahu tua
Adalah rakan setia hidupku
Aku yang sentiasa
Merindukan senyum
Dan tawa anak isteriku

Ombak laut Cina Selatan
Adalah suara tangisan ku
Sorang nelayan kecil
Memperjudikan hidup
Bersama doa dibibir gersang

Korus:
Ikan dan camar lebih mengerti
Tragedi hidup kami
Dari mereka yang berjanji
Dengan kata bak puisi

Laut ngeri di bulan Disember
Adakalanya lebih simpati
Kerna mengambil diri
Dan melimpahkan rezki
Serentak pada hidup kami

(solo/ulang dari korus)

Suara ramai:
Tiap subuh bagai berselimut putih
Menanti berita kematian
Dari saujana lautan (2x)

Saturday, November 28, 2009

Senandung Buruh Kasar

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda

Friday, August 21, 2009

Kampungku

Do all the good that u can,
To all the people that u can,
In all the ways that u can,
At all the time that u can,
As long as ever u can.